Our marriage days....

a href="http://daisypath.com/">Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 26, 2011

:Andai Lelaki itu tahu:

Hello2..Holla2...

Dah malam ni..mata pun da ngantuk kan...
Tgh layan2 fb orang lain, adelah terbaca a good story..just want to share untuk sapa yang tidak pernah membacenye...

Xde ape2 pun just pasal hati dan perasaan seorang wanita terhadap seorang yang bernama lelaki....

Renung2kan...sharing is caring wokeyyy...::)))



Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu.
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.


Sebar2kanlah yer kepada semua wanita di luar sana...juga untuk lelaki yang ingin mengenali lebih dekat pasangan mereka....:))






.

Monday, April 25, 2011

: Induction Training:

Hello2..Holla2...

Selamat petang ye kawan-kawan.......
Kalau pagi tadi aku boring dan bosan tahap gaban, petang ni..aku jadi aktif pulak...
Ha..ha..ha..cer tengok..cer tengok..

This picture are taken by me during the assesment taken by the trainee in my class...hambik korang...jawab jangan x jawab..

Arini, my class abes lambat..mane x nyer..duk gelak jer melayan kerenah budak2 training nih..loghat sungguh adik2 nih..nampak je besar2 badan dorang ni..average umor baru 18~21 tahun..

Masa ice breaking tadi adela aku kaunselling ckit tanye nape x sambung belajar???
Ramai gakla yang kate x minatlah kak..bosan je belajar..ade yang cakap nak cari pengalamn lah..jawapan standard dik..ko jgnlah nak tpu akk ko nih..akk da tiga tahun duk ngajar budak2 baru nih..dah boleh baca dah perangai sorang2...

Kadang2..aku cam bagi dorang dorongan tuk moved out from this company..syyyhhh..kalau tau dik majikan hancusss.. y ar? y arr?..

Yelah, cer bayangkan if dorang nyer salary 700 jer..nak makan ape?sewa umah...bayar moto...uishhhh..x cukup if duk bandar shah alam nih...

hmmmm.....

Selagi dorang muda, pegilah belajar...bukan untuk orang lain pun..diri sendiri yang senang nanti...
kan..kan...kan...

hahahahaha..tp yg aku puji dorang ni walaupun blajar td gler2 main2..tp time jawab assesment bukan main kusyuk..perghh..salute arrr....hahhhahahaa


Layanzz...now ngh ujan lebat gler...
Layan lagu ye adik2....sambil2 jawab assesment tuh..

:Monday...BLUES la sangat:

Hello2..Holla2..

Today is Monday, Yesterday is Sunday, Tomorrow is Tuesday...
lallalaaa~~~

Aishh, bosannyer kerja arini...Monday Blues kan...x cergas lagi..x tau nak buat aper..kejer banyak, tapi x tau nk mulakan dengan yang mana..Yang aku nampak now ialah My adore blog...yang lain2 dah x pandang...
[yang lain2 jangan ikut perangai aku k]...xmo2..xmo2...

Nak cte, arini dapat sovenier from My staff, orang baru balik dari Surabaya.. I've got T-shirt and stuff yang kiut miut..Thanks Mr john...Appreciate that...

This is what I want to share..kami dah biase..If some body went abroad[x kirela outstation ke, vacation ke whatsoever] must bring souvenier for frens..Gile dasyat..undang2 sapa nih?hahahhahaa...no..no..nobody rules..Tapi paham2 sendirilah kann...balas balik lah...bukan nak nama, but just token of relationship kann...

Anyway, ngantuk tahap gaban dah ni...petang da ade training.Its ok, rehat nnti boleh lelap jap...
Can't wait to get an enough sleep [yok yok jerk...smlm da dapat bayak sleep kan , x cukup2 kah?]

Ok, daaaaa

Saturday, April 23, 2011

::Quotes of the day:

Hello2...Holla2..


Such a long days or weeks maybe when this blog have been not updated with a stories or my activities. I've been such bzz and workholic for the last two weeks. There is  alot of ad-hocks audits, projects and etc. One more coming up is the big event which is conducted by KSHRY [ Kelab Sukan ]. As a 'core person' i think..[puji diri sendiri] ahakss..


Ok....


Tonite, I've a story to share with. This is related to everybody lifes. U, Ur frens, Ur sister, Ur brother or anyone else has experienced this. Every people, are born with different personalities. Even u r twins..of course u are different..There is ones quotes in Malay tells " Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain".hmmmm....


Some peoples are born with great personalities...


After several years....with or even without proper eaducation....


Some are very good in communicating..
Some are very passive
Some are very talkative
Some are very rude
some are very defensive
some are very kind hearted
some are very down to earth.....


Whatever it is, it don't define how good are you in your relationships in future.

A deadness occurs in relationships when people are no longer willing to tell each other how they really feel. - Shakti Gawain


ok....

Renung2kan....

adiossss

Wednesday, April 13, 2011

CANTIK itu subjektif

Hello2..holla2

Dah abes waktu keje pun...saya malas nak balik awal..hubby pun xde kat cni..kalau balik awal pun roomate x balik lagi..Ade benda yang bermain2 di dalam fikiran saya...rasenye ingin saya kongsikan disini.. Manusia di anugerahkan oleh Allah keistimewaan masing-masing.

Ade yang cantik, tapi tidak baik. Ada yang baik, tetapi tidak cantik. Sejauh mana anda menilai kecantikkan setiap individu itu? Ada yang pada mulanya cantik tetapi dewasanya menjadi tidak begitu cantik dan ade pula yang sebaliknya..

Pada saya, setiap ciptaan Allah itu ada sebabnya. Mungkin bile kite cantik, kita akan lupa diri..sombong..bongkak...serta banyak lagi sifat yang tidak baik..Jadi, Allah beri kita kesederhanaan..Saya rase sangat bersyukur dikurniakan kesederhanaan itu...


Terbace petikan dalam sebuah blog....


Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan paras rupa, namun kecantikan juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna, serta cara kita membawa diri. Apa yang penting, kenali kecantikan semulajadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya. Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur".



Alhamdulillah. Banyak pengajarannya daripada kekurangan saya ni. Disebabkan saya tidak cantik, saya tidak terlalu mengejar produk-produk kecantikan yang mahal-mahal yang dijual di pasaran. [ Save duit my husband ..hehehhee]



Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya. [ Alhamdulillah dipertemukan dengan suami yang baik akhlaknya ]




Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
[Moga selamanya begitu]



Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
[Kecuali my husband la]



Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
[Definately yesss]


Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.
[ Yess...that's true ]


Paling penting, kerana saya tak cantik, saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.
[ Insya Allah ]


Saya ingin berpesan kepada saudari-saudari sekelian yang mengejar kecantikan. Tiada wanita yang lebih cantik, melainkan wanita solehah.



Cantik di dunia, tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak. Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK.

Saya bahagia menjadi saya yang seadanya...ALHAMDULILLAH, SYUKURRR..

Thanks to my hubby which accepting the beauties of I am..luv ya!

Masa untuk menikmati cokelat..:))

Hi...

Hari selepas bercuti sangat memenatkan...
Saje nak bagi jelous korang..hihihi..
Yummy22.....delicious...

Rezeki i hari ni dapat Forero Rocher...sedaap..
Dari mana? syyhhhh..rahsie..


jelouss x?

hihihi

Wednesday, April 6, 2011

::MARAH::

Hello2..Holla2...

Bikin panas jew..tangan pun menggigil2 bila nak type pasal this entry..
Today, kesabaranku mula berada di luar temperature...kenapa??

This is all about work...tension aku dengan orang yang x abes2 nak cari salah aku..menyirapp beb...
Ini bukan pertama kali, ini dah banyak kali...x abes2..
Ntha lah, aku pun x tau ape yang dah aku buat...ade je yang x kene..

Arini, bos aku backup, tapi...apa akan jadi kalau bos aku xde..sapa nak backup..

Whatever it is, wahai bos2 besar and yang perasan die besar, please lah....aku x heran la ko nak cari salah aku..

what a BULLSHIT!!!!

ade aku kisah..
aku akan buat bodo je pasni...
Peduli apa ko bos besar ke ape ke..
Lantakkkkkk..ok??

p/s: sorii..memang aku tgh marah...

Monday, April 4, 2011

::MALU::

Hai2..hello2..holla2...

MALU!!!!!
Pernah x anda alami peristiwa yang sungguh memalukan dalam hidup anda?
Saya baru mengalaminya malam sabtu yang lepas...sengih2 jerk bila refresh balik...

Alkisahnya, malam sabtu, hubby ajak dating..so, after memenuhkan perut ke Ikan Bakar sekinchan, belek jam baru kul 10 malam..."ape nak buat ye?..then, terjumpe pulak member lame saing mase mengajar tadika dulu..die la yang suggest saya bawa hubby jejalan kat uptown Mines..baru bukak katenye..besarrrr..

Sampi saje di sana, ape lagila kan..da lame x shopping..so, mata pun dok melilau bagai kucing nampak ikan...kami siap buat pusingan lagi kat kedai2 tuh..Sampai kat tgh2..tetibe...anda teka apa yang terjadi?
?
??
???
????
?????
??????

My eyes terkesima memandang sesuatu, biaselah kan..mata pandang bidai yang cantik sambil tangan nak memaut lengan hubby...[confident gile lah itu tangan hubby kan] . Baru nak bukak mulut, "Hubby" yang saya kepit lengannya rupenya hubby orang lain yang sedang mengepit lengan wifenye..apelagi..saya pun melepaskan lengannya n sambil mata melilau cari my hubby...[hubby orang lain pandang senyum-senyum kat saya] bini die kat sebelah daaa.....


 hadoiiiii..maluuuuu gilerr...yang paling di luar sedar adalah ade kakak gerai sebelah menyaksikan kejadian tersebut..die pun duk senyum2 sengih sambil berkata: haaaaaa....kan da silap orang, naseb bini mamat tuh x marah...[dalam hati cakap: incident yang x di sengajakan]...

My hubby senyum2 je...kene la "padan muka" setempek kat dahi ni...
"Tulah die...ishh222 awak ni"...kata my hubby..

So, moral of the story: Bile jalan2 tuh..kawal mata anda..pastikan anda lihat dulu wajah suami anda b4 pegang...jangan jadi macam saya...hahahhahahahahha