Hello2..holla2
Dah abes waktu keje pun...saya malas nak balik awal..hubby pun xde kat cni..kalau balik awal pun roomate x balik lagi..Ade benda yang bermain2 di dalam fikiran saya...rasenye ingin saya kongsikan disini.. Manusia di anugerahkan oleh Allah keistimewaan masing-masing.
Ade yang cantik, tapi tidak baik. Ada yang baik, tetapi tidak cantik. Sejauh mana anda menilai kecantikkan setiap individu itu? Ada yang pada mulanya cantik tetapi dewasanya menjadi tidak begitu cantik dan ade pula yang sebaliknya..
Pada saya, setiap ciptaan Allah itu ada sebabnya. Mungkin bile kite cantik, kita akan lupa diri..sombong..bongkak...serta banyak lagi sifat yang tidak baik..Jadi, Allah beri kita kesederhanaan..Saya rase sangat bersyukur dikurniakan kesederhanaan itu...
Terbace petikan dalam sebuah blog....
" Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan paras rupa, namun kecantikan juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna, serta cara kita membawa diri. Apa yang penting, kenali kecantikan semulajadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya. Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur".
Alhamdulillah. Banyak pengajarannya daripada kekurangan saya ni. Disebabkan saya tidak cantik, saya tidak terlalu mengejar produk-produk kecantikan yang mahal-mahal yang dijual di pasaran. [ Save duit my husband ..hehehhee]
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya. [ Alhamdulillah dipertemukan dengan suami yang baik akhlaknya ]
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
[Moga selamanya begitu]
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
[Kecuali my husband la]
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
[Definately yesss]
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.
[ Yess...that's true ]
Paling penting, kerana saya tak cantik, saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.
[ Insya Allah ]
Saya ingin berpesan kepada saudari-saudari sekelian yang mengejar kecantikan. Tiada wanita yang lebih cantik, melainkan wanita solehah.
Cantik di dunia, tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak. Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK.
Saya bahagia menjadi saya yang seadanya...ALHAMDULILLAH, SYUKURRR..
Thanks to my hubby which accepting the beauties of I am..luv ya!
Thanks coz follow saya.. :)..
ReplyDeleteSaya pun dah follow awak...